24 July 2015

8 Syawal. Tahun 2015 Masehi

Assalamualaikum..

Iolls bersiaran dari rumah now. gituuuu. bahahaa.. sebab dah berkurun lamanya tak update blog dari rumah kot. laptop sendiri pon lama yang amat tak guna. ehehe.. ni ngepow kongsi guna laptop adinda bungsu. ehehe.. dia tengah tido, jadi takde unsur nak kena bebelan manja dia kan. kah kah kah..

Sunggoh pantas masa berlalu. belom pon lagi puas menikmati bulan Ramadhan, ia dah pon berlalu 7 hari yang lalu. rindunyaaaa.. tahun depan belom tentu lagi akan jumpa lagi. i wish i still have the chance. in shaa Allah.. bulan Ramadhan tahun ni rasanya paling pantas antara tahun-tahun yang lalu. tak tau la napekah. hukkkk.. dan antara banyak-banyak bulan yang ada kat muka bumi alam semesta ni, aku paling suka dan paling sayang dengan bulan Ramadhan ni. sebabnya, my parents akan ada kat umah sepajang bulan tu. kitorang akan makan sama-sama kat meja, spend time together. solat sama-sama. banyak peluang solat berjemaah. especially solat Subuh dan Isyak. memang akan solat jemaah sesama. dalam bulan posa jugak kat umah ni meriah sket. especially malam. sebabnya sedara mara akan datang solat terawih berjemaah kat umah ni. dan ayahanda iolls adalah imamnya. sukaaaaa.. sebabnya time juga gaya adalah super bebas la bila solat berjemaah kat umah kan. most of them adalah veteren. hanya aku, kazen dan anak sepupu itu sajo yang bukan golongan veteren. :)

Best kan Ramadhan.. tu belom lagi citer tang kelebihan bulan tu sendiri. penuh barokah, penuh nikmat dan keberkatan. pintu rezeki, pintu rahmat terbuka luas. tinggal nak ngan tanak je. setiap tahun jugak la berazam agar ramadhan pada tahun tersebut dan akan datang adalah lebih baek dari bulan posa yang sebelumnya. haroslah kan. in shaa Allah Ramadhan tahun 2016 nanti iolls dah berdua kenn.. berpuasa bersama soulmate. auwwwww... in shaa Allah. bahahahaha.. citer raya nanti la sambung. kah kah kah..

Iolls cuti hari ni. hari Jumaat kenn.. nekmatnya. ok bai.

01 July 2015

14 Ramadhan 1436H

Assalamualaikum..

Jeng jeng jeng... wehhuuuu huuuuuu... ehehhee... hai uolls. iolls munchol lagi... setelah berbulan. setelah bulan puasa pon dah hari ke empat belas. syabas sangat dengan kerajinan sendiri. bahahha... opkos lots of things happen. dari kat opis duduk berdua saja dengan opismate pompuan.. pastu kena pindah bilik bersama dengan opismate lelaki. pastu angkut itu ini semua. pastu tetiba kena pegang tanggungjawab jadi ketua untuk 5S yang unit punya... tau tak apa benda 5S tu?? yang keje gomen kompem tau kennn.. yang keje swasta pon mungkin ada juga yang tau kalau opis korang ada amalkan. 5S ni ada bagusnya. tapi aku rasa macam banyak sangat bazirnya lah hai.. okeh sambung. dari opis dengan jumlah staff 19orang. sekarang dah bertambah lagi 6 orang, jadi 25 orang. ghamai kan.. korang tak heran sebab opis korang lagik ramai khennn.. aku yang 25 org ni nak kecoh pulak. bahahaha...

Opismate yang juga exroomate opis pon dari berdua saja sekarang ni on the way nak bertiga. she's pregnant. alhamdulillah... waaahhhhh... banyak sangat.. syukur sangat dengan semua benda yang ada kat sekeliling ni. aku pulak dari badan xberapa nak dumuk sangat sekarang ni bertambah-tambah la pulak kembangnya tu ha. nape eh??? tak suka ah... muahahaha... lagi nak lahirkan tak puas ati tu kan. padahal diri sendiri dah lama tinggal erobik, pastu makan kemain lagi tetiap hari ada je menu yang ada dalam kepala tu kan. kemain lagi plan nak gi makan situ sini setiap hari. opkos with ahli-ahli gegirl. muahahaha.. gegirl la sgt. bajet muda remaja sampai bebila lah khen.. harosss!!!

And now, iolls akan berpindah opis lagi. dulu dari opis bangunan lama, ke opis kat bangunan baru. dari bilik opis berdua ke bilik opis bertiga. dari opis ber 25 orang akan ke opis ber 19 orang pulak. iolls bakal join satu ptj atau ala2 unit baru pulak. part of me happy. part of me lagi berat hati nak pindah. hukkkk!! why??? haaaa.. meh nak cite..

Aku ada semacam satu angan-angan tau. masa aku keje kat opis tempat lama dulu aku owes la verangan nak keje opis yang kat tingkat satu. dari tingkat satu tu bole pandang bawah. direct ke lobi atau ada penyambut tetamu kat bawah tu. semacam kaunter la kan. pastu ada pandangan cermin-cermin. kiranya bila pandang tu dindingnya adalah cermin.. boleh telusss pandang ke luar. guess what??? I got it. Syukuuuur alhamdulillah. bila pindah bangunan pentadbiran baru, i got my own room. walaupon share. walaupon sempat setahun sajo. it's ok. am happy enough. opis iolls kat tingkat satu oke.. amazing!! kenapa aku suka sangat opis kat tingkat satu?? ahaaaa.. sebabnya iolls owes la verangan dan pikir masa kat opis lama dulu (pejabat kat ground floor - memnag super easy tak payah naik tangga, tak payah naik lif atau tunggu lif), alangkah baiknya kalau dapat duduk kat opis tingkat satu. bole la time nak pegi opis pagi2 tu naik tangga dulu sebelum sampai kat opis. macam-macam mana pon kena naik jugak untuk ke pejabat. samada naik tangga atau lif. tapi menanam azam untuk menggunakan tangga setiap hari. sebabnya berpeluang bersenam naik turun tangga. tapi tanak la banyak sangat. satu tingkat itu suda memadai. xsempat nak rasa penat atau mengah. kekdahnya tetiap hari la besenam ringan kan. gitewwww... ngeh ngeh ngeh... nak harapkan diri sendiri pegi berjongging atau bersenam setiap hari tu mimang idop le.. and yesss.. bila pandang bawah dari level opis ni i can see  terusss ke luar. ia berdinding kaca.. dan.. memang ada kaunter bersama petugas kat ground floor tu. ala-ala lobi gitew.. syukur alhamdulillah.. also got surau yang luas dan selesa.. toilet yang super best. sebabnya untuk staff sahaja dan bersih. kekadang siap bau wangi lagi kalau masuk toilet lepas dorang baru bersihkan. ohsem.. walau idop le gaya hotel toiletnya..

Ahaaaa.. ada lagi anganan haku.. nak tempat keje yang guna access kad. hanya staff tempat tu saja yang ada kad tu dan bole access tempat tu. dan nak parking yang teduh. basement la kiranya kan. dan.... i got it too.. can you imagine perasaan gumbira yang tersembunyi itu?? ehehehe.. actually no one knows bout all my verangan and angan-angan ni. saja nak share kat sini. so one day bila suatu masa diri sendiri pon dah lupa akan segala keveranganan ini, i'll smile and laugh bila baca balik. bahaha.. now tempat yang aku bekerja ni got access kad. hanya staff kat bangunan ini sahaja yang ada kad itu. setiap staff bole menggunakan kad itu hanya untuk level tempat dorang bekerja. and opkos ada jugak all access kad untuk semua level. tapi limited. got cafe too kat ground floor. opis tingkat satu. toilet selesa. surau selesa. ekon selesa. tempat selesa. syukuuuur sangat. and got gegirl too. bahaha.. geng makan and gosip and teman time nak hang out. auuuwww.. so sweet...

Macam la best sangat kenn.. tu pon nak kecoh kan.. bahaha.. well, that's my verangan. dan tak semua verangan bole jadi kenyataan kan. itu dah kira amazing sangat sebab i got it all. but, sadly i have to move out to new place. new office. new environment. new officemate. everything new but all the things yang tengah guna sekarang akan hangkut sekali. my gedabak apple. naseb baek baby apple ni ikot skali. alhamdulillah...

Alhamdulillah syukur atas segala kurniaannya. and i hope new place nanti superb and best in the world. bahahaha... tak hagak-hagak best in the world ek. angan kena tinggi ye dak. kihkih.. and i hope i'll work at the place as i imagine and verangan tu ha jugak. mana la tau kenn.. magic things happen. i hope i hope i hope.. :)