22 July 2013

Teatree Relaxing Mask

Assalamualaikum..

Hari ni sudah masuk hari ke 13 kite semua berpuasa. syukur alhamdulillah. tetaip hari pon cukup makan minum pakai sume. walau tetiap minggu pun adik aku tepon mintak masukkan wiwit ke akaun dia. syukur alhamdulillah. masih tetap boleh soping moping bersama mama + akak + anak sedara aku si tenit (grup jenjalan yang wajib ada dalam list skarang ni adalah si tecit qistina). haaaa.. sebut tang masukkan wiwit ke akaun adik aku tu. syarat terbaru bank islam skarang ni kena ada baki sekurang-kurangnya 50hengget dalam akaun untuk membolehkan pengeluaran wang melalui mesin atm dilakukan dengan jayanya. uhuhuhu.. kinapeeeeeee??? now aku pon akan terefect jua dikala kekeringan tanpa duga di hujung bulan. huk huk.. tujuan cite tang baki akaun utk pengeluaran wang itu adalah, cian le kat sesape yang biasanya akan gunakan sume duit dalam akaun tu tetiap bulan kecuali beberapa ringgit atau singgit je yang akan ditinggalkan dalam akaun tu. yang lelain, sapu bersih. me pon xpaham tujuan pembaharuan itu. dah la wiwit ptptn pon guna bank tu kan. pastu haruslah student kan yang guna akaun baink itu kan. anyone yang tau sila terangkan kat saya yang tak tau ni pelissss.. gitu. terang-terang aku malas nak cari sendiri kan kah kah kah.

okeh. back to the topik. hari khamis lepas aku ada cite dah terima bungkusan mask yang dioder online tu kan. kesahnya pada hari jumaat malam yang agak santai aitu, aku pon kasi terai la tepek kat muka yang perisa teatree relaxing mask tu. perisaaa??? bole gitu?? hentam sajo la ek. lepas dah bersihkan muka. lap-lap sket. dah segar, kasi tepek toner sket. then aku buka plastik mask tu. comel je packaging pon. hui lah. very the lembab gitu. ada air-air lebih-lebih lagi dalam paket tu. amik, buka hati-hati, then kasi tepek kat muka. bila jejak je mask sheet tu kat kulit muka, eeeemmmm... sejukkkkkkkk jeeeee... bestttt.. pasti ada rasa pedih-pedih manja ala-ala cucuk ngan hujung jarum yang paling halus gitu.. xsakit pon. rasa pedih-pedih tu pon kejap je. pastu tinggal feeling rasa sejuk yang best jep. pastu aku lepak-lepak santai kat katil sambil baca majalah libur. majalah jenjalan tu.. kih kih.. lepas lebih kurang 30 minit gitu aku tanggalkan mask sheet tu. wow!!! very lah moisture je muka ai.. very the segar jep feeling. tegang jep rasa kulit muka. pastu kasi pap pap pap tepuk manja sket kulit muka ai ngan jari, dah. siap. mask sheet tu dah bole buang. abis madu sepah dibuang la kenn.. maap.. namun jasamu dikenang. tak perlu cuci pon. pastu bole pegi tutup lampu, then bantai tido sampai ke pagi. bangun esoknya (time nak sahur) rasa besttttt je kulit muka. segar jep. gitu.. so, hasilnya adalah memuaskan. cik jerjer (jerawat) yang tengah membesar pon terbantut pertumbuhannya. dah tak sakit dan mula mengecut. hebat.... beria jep cite macam ditaja jep kan. sesungguhnya thedak ye.. ok. dah. tu je. ai is nak balik. tata. :)


18 July 2013

Mask

Assalamualaikum...

:D sy munchol lagiii.. sebabnya adalah kerana ini.

tadaaaa... yeaaaaahhhhh!!! ini sy punye bersama kak leen.. :)

3 sumeeeee... :) ini sy punyeeeeee... sajeeeeeee...
ehehe... orang lain dah lama da dok pakai benda alah ni. tapi aku baru nak try. tapiiiii... lagi mau kecoh ek. kih kih. beli ni kat instagram sape ek. ai is xtau. sebab opismate yang uruskan segala urusan nak beli benda alah ni. kami sesama baru nak try. kih kih. 3 sumenya. teatree, aquaringer yang utk moisture kalo tak silap. dan collagen. ngeh ngeh ngeh.. xsabar nak try. lalalallaa.. dah. tu je. bai.


Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah aku masih di beri peluang olehNya untuk merasa bulan Ramadhan yang mulia ni.  dalam banyak-banyak, aku memang paling sula bulan pose nih ha. lebih tenang, lebih relax, lebih banyak masa bersama keluarga. paling best, dapat makan semeja bersama-sama keluarga dan solat terawih sama-sama. sebab famili aku tade la sangat selalu makan semeja sama-sama. ada je yang xcukop. actually dalam bulan puasa ni tetap jugak tak cukop semua ahli keluarga juga pon. dah namanya abang-abang dan akak aku dah kawen, dah ada keluarga sendiri dan menetap kat umah masing-masing. so sesapa yang ada kat umah je la. mama papa, aku. biasanya adik aku nina pon antara yang selalu ada kat umah. tapi kali ni sebab dia dah masuk belajar kat uitm machang sana, non ado la dia dapat bersama macam biasa time berbuka kecuali time dia balik umah hari minggu je. tapi.... kali ni tetap meriah jugak kat umah walau adik aku kat asrama sekarang. sebabnyaaaaaaa... akak aku dan anak dia Qistina bebeh balik berpuasa kat umah sepanjang tempoh bulan puasa ni. yeay!!! meriah umah ada budak kecik tu. actually dorang balik sini sebulan ni pon sebab brother in law kerap out station. so sebab kesiankan qis dan mama dia je kat umah, abang ipar aku nganto dorang balik kampung sebelum pose aitu. so sweeeeetttt.. then ada jugak adik aku milia yang dah abis asasi kat puncak alam sana tu. tapi dia pon tade la everyday jugak buka pose sama-sama. sebab dia keje part time sesambil tunggu nak sambung belajar bulan 9 nanti. syukur alhamdulillah. actually aku dah tepikir beberapa bulan sebelum pose aitu yang akan hanya ada aku dan mama je la kat meja makan time berbuka bila adik-adik aku belajar, tade kat umah. then papa pon balik bebuka lewat sket sebab berniaga kat pasar ramadhan. kat depan umah arwah nenek je pon. tapi ok la. thennnnnnn, sebelum pose aitu akak aku gitau akan balik pose kat umah. sukeeeeeeeee... walau tak lengkap, tapi tade la 3orang je kat meja makan kan. :)

huiiiiiihhhhh la. bole tahan panjang jugak mukadimah aku tang bulan ramadhan ni ek. ehehe. bila dah bulan pose ni, agenda wajib orang pompuan adalahhhhhhhh.... godek-godek tenet cari resipi. kah kah kah. tu kalau idok ke pasar ramadhan la kennn. macam famili aku, sangat jarang beli lauk kat luar. sebabnya mama masak super sedap berbanding dengan yang ada kat luar sana. tapi sesekali ada jugak la kua beli pape yang rasa nak makan kan. kalau bulan pose ni, biasanya kueh je la pon kalau kerap beli. especially kueh buatan akak siam/thai yang agak berhampiran jugak la dengan umah. memang puas ati la sume kueh yang ada kat situ. kepada sesapa yang menetap kat area kota bharu, gerai kueh akak tu adalah betul-betul kat depan kedai makan keng som tu. dekat cabang empat trafic light nak ke wakaf mek zainab then ke taman tengku anis tu. kompem akan repeat beli lagi la. ngeh ngeh ngeh...

okeh. berbalik tang godek-godek resipi kat tenet tadi. al kisahnya aku baru lepas pegi meninjau ninjau kat blog akak-akak yang superb tang masak memasak nih ha. huiiiilah. time-time pose ni jugak le nak seksa diri tengok segala makanan enak tu kan. antara blog yang aku paling suka jenguk dan rujuk resipi dorang adalah aunty nani rostam,  blog home sweet home & blog masammanis. memang tetiba feeling nak balik umah try masak or baking membaking lah. pastu tengok pulak resipi kek yang mudah-mudah, kuih-kuih raya yang simple-simple.. nyummmmsssss.. antara yang aku penah try dan best adalah resipi kek batik chewy duwey aunty nani rostam. siap trima tempahan dari kawan aku lagi. syukur alhamdulillah.. bahan dan cara membuatnya pon mudah sangat. tenkiu aunty utk resipi kek yang super simple dan sedap tu. :) tapi ada jugak kawan opis aku yang tak berkesempatan nak try lagi kek tu sebab time rajin aku nak wat tu sangat la jarang muncholnya. kah kah.

hari ni dah masuk hari ke sembilan kite sume berpuasa. insyaallah dapat teruskan hingga raya nanti. for ladies, opkos la ada time break nya kenn.. keh keh. seb baek tahun ni aku tak kena macam tahun lepas, awal dan akhir bulan pose. hukk. xdapat solat sunat raya aidilfitri. tahun ni, insyaallah dapat pegi kalo tade aral dan dengan izinNya. sukeeeee.. tapi, dalam kemeriahan yang dirasai dalam bulan puasa ni, keluarga beliau saya diuji oleh Yang Maha Esa. suami kak long telah dijemput kembali oleh penciptanya lebih kurang 4.40 pagi tadi dan akan dikebumikan selepas solat Zohor. innalillahiwainnailaihirojiun. semoga dipermudahkan segalanya oleh Yang Maha Pencipta untuk arwah. al Fatihah untuk abe din. semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan tenang di sana. semoga kak long tabah dan diberikan kekuatan olehNya untuk menghadapi dan melalui dugaan ini. sesungguh hanya Dia lah yang menentukan segalanya. kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, kekuatan dan ketaqwaan Ya Allah. amin..