Assalamualaikum.
Sekejap ada. sekejap takde. sekejap lagi ada balik. ehehe. ai bukan apa. kekadang tade stori. tapi bila ada stori kerajinan pulak kurang. kekadang stori ada, tapi tade gambar pulak. takpon gambar yang ada tu tak best pulak. hikhik. banyak la alasan ken. ehehe. 9 hari rakyat kelantan bercuti dengan super bestnya. weeeeeehhhooo.. tu bagi sesape yang amik cuti sehari pada 14/11/12 la kan. iaitu hari rabu. tapi aku tak amek pon. keje dengan santainya pada hari kejadian tu. sebab takde plan gi memana kan. macam rugi pulak rasanya kalo amik cuti tapi melepak kat umah jep. nape jadi cuti selama itu?? hari minggu dah 2hari (jumaat + sabtu = 9,10/11). 11,12 hb pulak cuti sempena keputeraan sultan Kelantan. hari berikutnya Deepavali. then 15 hb tu plk Awal Muharam. pastu sambung lagi dengan cuti hari minggu. memang super best lah. ehehe. gegara tempoh cuti yang hebat itu, menjadikan hari pertama bebetul bekerja setelah cuti panjang ni.... hmmmmm... pon macam nak besantai jep lagi. ngeh ngeh ngeh... manyak cantik ek. lalallalalaa.. oleh itu, slow slow kasi tanam perasaan chentakan, rindukan kembali segala tugasan + keje2 kat opis nih. paling penting, bikin itu kilija. hikhik.
Owh.. hari ni sudah masuk hari keempat tahun baru Hijrah. iaitu 4 Muharam. semoga dengan tahun baru ini, mendatangkan seribu kebaikan, seribu rahmat dan seribu keberkatan buat seluruh umat Islam di serata dunia. seiring dengan itu jua Gaza diserang hebat kembali oleh Israil laknat itu. masyaallah. kasihanilah mereka ya Allah. lindungilah saudara kami di Gaza. sedih je bila tengok gambar2 kat fesbuk di Gaza sana. penderitaan mereka. kesengsaraan mereka. yang pastinya semangat juang mereka tak pernah luntur. moga mereka semua peroleh kemenangan dan keseluruhan israil itu peroleh kekalahan yang abadi. sama-sama kite sume doakan oke (bagi sesape yang baca blog ai ni la yo. yang xbaca tu kompem la xtau ken).
hokeh. banyak hari cuti aritu, aku ada lah jugak try wat kek batik. resepinya aku amik dari aunty nani rostam. owner blog model 80an tu.. hasilnya?? alhamdulillah. berjaya!! hikhik. my mom kata oke. kengkawan opis makan bertambah. kengkawan lelepak huha huha ai pon siap request mintak buatkan lagi. waaaahhh.. kombang idung ai kojap. hikhik. insyaallah nanti ai bikin lagi bila ada kerajinan nanti. ehehe..
|
my 1st trial kek batik. da 1 and only gambar, yang Lec amik time bawak nganto bekas tuperware pinknya. |
my adik yang tengah cuti kat umah tu pon rajin jep try membaking yang simple2 neh ha. memula aritu dia try wat puding trifle. bole la. tapi tak berapa nak jadi sangat sebab macam ada sikit kesilapan. dah namanya mencuba kali pertama ken. tapi habis jugak tu. hikhik. then kelmarin dia try pulak wat cornflakes madu. biasanya akak aku or aku yang wat. but this time dia yang beria nak wat, so silakan lah. ahkak anda ini thedak berapa nak rajin. bebahan sume pon dah ada. tapi tolong jugak la sket2. bukakan cup tu je pon. pastu tolong amik tray yang panas tu dari oven. ahahaa.. pastu apa lagi, tolong makan le. hikhik. conrflake madu ni memang pebret kami satu famili pon. jadi, cepat jep la abis. anak2 sdara ai pon sama. memang gemo.
rentetan dari itu.. wah gitu ayat. ahaha. oke sambung balik. rentetan dari itu aku pon maseh lagi dalam mood membaking neh ha. tapi yang simple2 je la. kata baru nak berjinak-jinak kan. so far rajin jep mencari resipi yang simple2 nih. hah.. time ni kompem ada yang sengeh gelak2 jep baca ni ken. ai buat oke. kek batik tu. ehehehe. semalam pon gi soping bebahan lagi. tapi bahan nak wat puding kastad. itu pon adik aku yang tengah bercuti tu gak yang besemangat nak wat. kata dia pon memang lepak-lepak kat umah je kan. keje dia setiap hari, tido, makan, online tenet (sampai aku pon sokar nak dapat peluang nak online kat umah. bila turn aku, tenet pulak slow. adeiii.. grrrr..). pastu kua lepak2 ngan kengkawan dia sesekali. pastu berhajat yang sungguh banyak nak wat tu, wat ni. mangsanya adalah aku yang kena beli segala bahan itu. tapi ada jugak mama yang beli. ekeke. bahan yang dah sedia ada kat umah tu sah-sah la sila guna semahunya kan. oke jugak. sebab bila dia nak wat tu, baru la sedor ada yang dah lepas tarikh tamat tempoh pon. ahahahaa.. me and my mom sukeeeeeee jep soping simpan stok kan. aku memang owes bajet beria jep nak wat sesuatu je bila beli tu. tapi sudahnya duduk la diam-diam kat rak atau lemari tu je. ahahaha..
panjang jugak aku berceloteh sesekali trojun sini ek. ahaha. hamek kau. and now, aku dah jumpa beberapa resipi yang simple yang aku godek-godek mengugel. ada kerajinan nanti insyaallah aku bikin. bahahahahahhahaa.. tapi sungguh ai bersemangat jep mengugel segala resipi simple-simple tau. ahaha. oke-oke. wahai diri, sila rajinkan diri kasi cuba try oke. bajet pon sila la bersedia. ekeke.. tata.